When Life Gives You A Hundred Reasons To Cry, Show Life That You Have Thousands Of Reasons To Smile :)

Sunday, 4 December 2011

Perwatakan berdasarkan bulan kelahiran

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, peka dengan setiap yang dibuat, smart, kemas dan teratur, sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali setelah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badan sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang kepada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segalanya, rajin belajar dan kemahiran sosial, sikap cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
Berfikiran abstarak, sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius, berpersonality yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak jika dikongkong, suka kegiatan lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka kepada benda remeh temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan kepada benda yang tahyul, boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC
Berpersonality menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, lelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.



APRIL
sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka dapat perhatian, sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik jika tidak terkawal. Berkecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MEI
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran tajam, mudah marah jika tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang sangat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik ( otak kiri ), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain, mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan, daya hayalannya tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.



JUN
berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, perangai lemah lembut, mudah berubah sikap, sangat banyak idea, bersikap sensitif, otak sentiasa aktif berfikir, sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh, sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otak cerdas dan berangan-rangan, mudah dan pandai berkawan, orangnya sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah terkena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, kurang pamerkan perasaan, lambat sembuh bila terluka hati, suka barangan berjenama, mudah jadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, (siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya).



JULAI
seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti( terutama lelaki ), agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan, mudah dipujuk dan bersikap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih, berjiwa sentimental, kurang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan serupa kepada semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka manilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenang peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri dan duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari kesihata bahagian perut, mudah menjadi gemuk jika tak dikawal, minta disanyangi, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.



OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun, caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, agak tegas dan bersifat berkepimpinan, pandai memujuk, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk terutama bila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian tajam dan teliti, cepat berfikir dan berdikari, suka memimpin juga dipimpin, suka barangan-angan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk, mudah mendapat penyakit, sentiasa belajar untuk relax, kelam kabut, romantik, pengasih dan penyayang, suka mencari kawan.



SEPTEMBER
sangat besopan santun dan betolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur, sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui, banyak berfikir,  otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, mengawal diri dari selalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia, sukakan sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaan, lama menyimpan jika terluka hati, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.



OKTOBER
suka sembang, suka orang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang jika tidak diminta, suka melihat dari perspektif sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi mudah terusik, suka berangan-angan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan ), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.



NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkara, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah, otak dan pemikiran yang sangat tajam, cara berfikir lain dari orang lain, berfikiran kehadapan, unik dan bijak, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, daya firasat sangat halus dan tinggi, bagus sebagai doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, tidak hargai pujian, bercita-cita tinggi, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak, pandai mendorong diri sendiri, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, mudah ambil berat terhadap orang lain, tak suka marah kecuali tergugat, pandai muhasabah diri, romantik, tidak pasti dengan imbangan kasih sayang, suka duduk di rumah, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.



DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang, berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi. Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi, benci pada kongkongan.







*This info doesn't belong to me. Just copy and paste :P

♔ ME ♥ YOU ♥ THEM = ENOUGH ♔

No comments:

Post a Comment